Wednesday, November 23, 2011

MY NEW SPACE.......


Alhamdulillah syukur kehadrat Allah. Akhirnya hajat hati nk ada ruangan khas hanya untuk kek mengekek kat belakang rumah tercapai. Walau pun masih ada lagi 30% yang belum siap sepenuhnya namun ruang yang ku anggap studioku ni dah mula beroperasi sepenuhnya 3 bln yang lalu......Sangat gembira bila berada diruangan kerja kita sendiri tanpa gangguan dan dikelilingi segala bagai perkakasan kek mengekek....hihi....
Walaupun tak sehebat dan sebesar tempat canggih bakers lain tapi hati tetap berbunga......dalam hati tetap ada taman.....TERIMA KASIH tidak terhingga buat suami tersayang kerana memberi sokongan 200% yang tidak berbelah bagi utk menyiapkan studio ini serta berusaha menyediakan segala peralatan di dalamnya...cuma masih menunggu dana utk chiller...hihi...Abg jgn lupa chiller sayang yer...huhu....i luv u...